Saturday, September 10, 2011

Kuih Raya!!!

Bulan Ramadhan telah pun berlalu.....dari awal-awal lagi.....kiranya sebelum masuk bulan yang berkat ini....aku telah menyatakan hasratku pada suami tercinta untuk tak membuat kuih raya......maknanya tak bisnes pun kuih raya tahun ini.....memandangkan kesibukkan yang semakin menjadi-jadi.....tak mahu pula kerana tamakkan ini dan itu.....maka kerja yang sedang ku lakukan hasilnya tak memuaskan hati.....buat kerja kalau ala kadar....nanti hasilnya ala kadar juga lah!!!! Biarlah kalau buat kerja beria....maka hasilnya baru kita puas hati!!!!
Ain dan Fazidah.
Nasib kita juga kadang kala tak dapat dijangka....aku juga tak menjangkakan akan sesibuk sekarang....kalau diingatkan semula......5, 6 bulan lepas....aku masih ada masa untuk memeriksa e-mail dan facebook 3 kali sehari.... almaklumlah....order kuih juga masuk dari sana....masuk sahaja bulan Jun 2011......aku mula sibuk......bukannya buat-buat sibuk.....memang sibuk.....ada sampai sebulan facebook dan e-mail ku tak buka.....sedangkan hanya cuma 'KLIK' button sahaja....itu pun tak sempat......

Ni nak cerita pasal projek kuih raya la pula!!!!

Sudah 5 kali raya Aidilfitri  aku berbisnes kuih raya.....rasa janggal  juga tahun ni.....kalau tak biasanya aku dah beli stok bahan-bahan nak buat kuih raya.....jadi rak-rak untuk stok bahan kat rumah aku selalunya tersusun dengan pelbagai jenis tepung,....(ada tepung gandum, tepung kastart, tepung jagung, tepung kentang...dll)...biji-bijian (kacang badam, kacang hazel, kacang pistachio, kismis,....dll)....macam-macam lagilah.....kalau nak disenaraikan.....tak habis nak cerita pasal projek kuih raya pula....
Almond London!!!
Biasanya....ku beli dalam kuantiti yang banyak.....itu pun setelah membuat perkiraan dan menerima tempahan awal dari pemborong kuihku .....kiranya dah ada regular customerlah....jadi sebelum puasa...aku dah buat sample tester.....dan berikan kepada mereka.....lepas tu...kalau berkenan.....order pun masuk......bila order masuk....barulah aku membuat perkiraan.....modal yang nak digunakan....peralatan nak guna......berapa orang part-time nak panggil.....berapa hari nak buat......macam-macamlah.....buat jugalah paper work....cuma tak hantar dan present pada siapa-siapa je.....

Sibuk dengan kelas masakkan .....alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan......tambahan lagi beberapa faktor seperti tak sempat nak cari  part-time untuk buat kuih .....aku membuat keputusan untuk membatalkan hasratku itu.....tapi benarlah kata orang....kalau dah rezeki kita.....
Ain dan Fazidah.
Permintaan kuih dari regular customer masuk.....walaupun tak ada sample tester yg ku buat,....katalog kuih pun tak ada tahun ni.....pertanyaan "tahun ni tak bisness kuih ke?"dah ku dengar berulang-ulang kali.....rasa ralat pula kalau tak bisness kuih tahun ni.....teringat pula pada Fazidah sekampung ku.....kagum betul aku pada tindakkannya yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit dan berulang ke hospital menemani ibunya......
 
Dipendekkan cerita.....lebih kurang seminggu lebih lah Fazidah dan anak sedaranya Ain datang kerumahku untuk menyiapkan tempahan kuih. Kebanyakkannya dari Yatie, Terenganu. Kalau tak disebabkan projek kuih raya ni....tak adalah dapat aku berbual dengan Fazidah dari pagi ke petang. Macam-macam cerita kami bualkan. Almaklumlah aku tak berjumpa dia semenjak kami habis sekolah. Memanglah sekampung, sama sekolah rendah dan sekolah agama....tapi masuk je sekolah menengah.....aku telah bertukar sekolah di bandar. Habis sekolah pula.....masing-masing bawa haluan masing-masing. Apa-apapun.......terima kasih ya Fazidah dan Ain,....sanggup datang menaiki dua bas setiap pagi ke rumahku. Insya Allah, kalau ada peluang kita boleh bekerjasama lagi!!!!


Hari terakhir......baru teringat nak bergambar kenangan!!!



No comments:

Post a Comment