Teringat pula pada kak Aishah, Maokil yang merupakan salah seorang yang pernah mengikuti beberapa kelas masakkanku. Kali terakhir aku berjumpa dengan dia semasa aku handle kelas 'Coklat Buatan Tangan' di Labis. Bila dia mengangkat panggilan telefonku....kedengaran suaranya yang sangat ceria. "Cikgu, saya dah buat dah coklat cikgu".Tersenyum aku dibuatnya. Setiap kelas yang aku handle....aku tak lupa mengingatkan agar mereka mempraktikkan ilmu yang diperturunkan. Kalau tak sayang sekali,....membazir masa dan ilmu itu akan pudar sedikit demi sedikit.
"Ok tak?"saya bertanya kembali. Dengan penuh keterujaan dia berkata..."Saya dah berjual coklat dah cikgu. Dah sampai ke Singapore....hujung bulan ini ada tempahan 1000pcs dari JB. Terima kasihlah atas ilmu yang cikgu berikan."
Apalagi yang boleh membahagiakan hatiku. Ilmu yang tak dipersiakan. Alhamdulillah...aku tumpang gembira.Bila kukhabarkan kelas Swiss Roll.....kak Aishah turut berminat. Sayangnya...hajat tak kesampaian bila....dia dan kawan-kawannya memang nak pergi pada hari itu..... kereta pula meragam. Tak apalah kak Aishah...kita jumpa lain kali lah ya.
Kelas Swiss Roll berjalan juga.....group ni....memang gamat. Kalau kak Ramlah dan adik-adiknya ada join....memang riuh rendah dibuatnya. Macam rewang rumah kenduri pun ada. Sampaikan tak kering gusi melayan kerenah dan telatah masing-masing. Masuk ni dah 3 kali 'Kak Ramlah and the sisters' join kelas masakkan ku. Sebelum berakhirnya kelas hari itu, kak Ramlah berpesan"Cikgu, kalau ada kelas lagi...masukkan nama kitaorang bertiga. Insya Allah kalau sakit pun, selagi terdaya kita bangun, kita datang." Bestlah kak Ramlah!!!

Inilah hasilnya. Tiga jenis Swiss Roll.

Strawberry Swiss Roll
Bergambar bersama kak Ramlah dan adik-adiknya. Jika diizinkan Allah kita jumpa lagi ya.
Bergambar bersama kak Ramlah dan adik-adiknya. Jika diizinkan Allah kita jumpa lagi ya.
No comments:
Post a Comment