Wednesday, March 30, 2011

Cup cakes ....

Apa kena dengan aku ni....dah dua hari....pukul dua pagi je terjaga...lepas tu mata segar bugar pula tu....!!! Teringat kata seorang cikgu aku masa sekolah menengah dulu....kita selalu merungut leceh kerana nak buang air kecil pada waktu malam....sedangkan sebenarnya Allah nak gerakkan kita untuk bangun beribadat diwaktu-waktu orang lain sedang lena diulit mimpi....tapi kita selalunya tidur semula selepas ke tandas.

Ceria sunggug cup cakes ini.
Jadi pagi ni....ringan sekali aku mengeluarkan bahan-bahan nak buat kek. Kek apa ya?...Buat kek cawanlah pula... Dah selalu membuat 'cup cakes' dalam kuantiti yang banyak dengan masa yang terhad....buat sikit-sikit ni kira santai sahaja....ewah!!! Kiranya melembutkan jari jemarilah....sebaik sahaja kek sejuk....kuhiaskan pula dengan bunga mawar aising bewarna pink.....dan daun hijau epal....moga hari ini akan berseri seperti warna pink ini....

Cup cakes yang siap di'pack'.

Kalau  nak order bolehlah contact saya di nombor 013-7847066......

No comments:

Post a Comment