Saturday, April 23, 2011

Kelas Masakkan Chicken Chop....!!!

Pertemuan kali ke-2 buat kumpulan guru kali ini lebih meriah. Ditambah lagi dengan cerita-cerita tentang pengalaman masing-masing yang telah mencuba membuat Swiss Roll setelah mempelajari dari kelas sebelum ini. Ada yang buat sekali terus menjadi....ada yang terpaksa mencuba berkali-kali baru menjadi. Apa pun semangat untuk mencuba dan terus mencuba begitu kuat. Bestlah!!!

Kali ini kelas masakkan dibuat di bilik lain. Atas memenuhi permintaan salah seorang peserta yang minta kelas dibuat di tingkat bawah berbanding di tingkat dua sebelum ini. Kali ini ruang kecil sedikit berbanding sebelum ini. Tapi sedikit pun tak menjejaskan kelancaran kelas hari ini.

Menu hari ini ialah 'Chicken Chop' atau 'Deep Fried Breaded Chicken'. Untuk melengkapkan sepinggan hidangan ini....'side dish' pula adalah 'coleslaw' dan 'mashed potato' beserta 'Chicken Sauce' dan 'Mushroom Sauce'. Bonus resepi pula....'Chicken Nuggets'.
Begitulah kalau tak faham....kita kena bertanya!!! Bagus cikgu ni!!!

Mushroom Sauce




Sempat possing juga!!!

Miss Kat paling lama menggoreng nugget sebelum orang lain ganti!!!

Saya makan dululah ya!!!

Masing-masing sudah kepenatan hari ini!!
Chicken Nugget!!!

Inilah hasilnya.....Chicken Chop, Coleslaw, Mashed Potato!!!

Monday, April 11, 2011

Donat

Hari demi hari, jadual ku semakin padat. Kadang-kadang ada juga terfikir nak ambil pembantu....kalau tempahan banyak, sampai tak menang tangan dibuatnya. Tapi difikirkan balik...kalau dibuatnya tempahan yang akan datang kurang....macam mana pula nak bayar gaji orang. Jadi setakat ni.....ada pembantu part-time pun okey juga. Ada job, panggil....ya lah.....kadang-kadang rezeki yang datang ni bukannya untuk kita sorang je. Jadi kita bahagi-bahagikan kepada yang lain sikit.....berkongsi rezeki. Dia tolong kita....kita tolong dia. Masaalahnya pula bila time kita panggil dia buat kerja....time tu pula dia ada hal lain....ialah....masing-masing ada masaalah sendiri. Kadang-kadang tak dapat nak dielakkan. Jadi apa nak buat.....kena buat sendirilah!!!!

Hari ni buat donat pula..... hai teringat pula la zaman kanak-kanak dulu....tak terfikir pula sampai ada donat yang dicelup coklat, dihiasi taburan pelbagai jenis kekacang dan ada yang siap berinti. Dulu masa aku belajar di Shah Alam.....asal nak balik kampung je....mesti beli donat di Dunkin Doughnut kat stesen Pudu..... bawa buah tangan ke kampung. Adikku Hamimah, memang suka sangat menikmati pelbagi jenis donat yang ku beli. Almaklumlah.....kat kampung tak de jual donat macam tu. Yang ada pun donat biasa....yang disira dengan gula kastor. Sebiji donat cuma 15 sen....dululah....sekarang kat kampung...harga donat masih 20 sen sebiji.

Seronoknya duduk kat kampung....(macamlah jauh sangat...!!!)...semua barang masih murah lagi....
Kalau nak beli sarapan mi goreng kat kedai....20 sen pun masih dapat. Tapi kalau kat rumah kampung....tiap-tiap hari mak sediakan sarapan. Seawal pukul 6.00 pagi, sarapan dah terhidang. Yalah...mak dan ayah menoreh....jadi sarapan pun awal pagi. Dan aku dah terbiasa sarapan berat setiap hari. Macam nasi goreng, mihun goreng, nasi lemak.....kalau semalam mak masak kari ke kuah lemak ke....still ada lagi....esok mesti tak lempeng....jemput-jemput. Makan cicah kuah kari atau kuah lemak. Tak pun sambal sardin.....itu bagiku dah kira setaraf dengan pizza tau. Tu yang lecehnya masa aku keluar dari kampung.....belajar kat luar....duduk berdikari. Pagi-pagi perut dah berbunyi....minta diisi. Well-train le katakan....bertahun-tahun. Bukannya aci nak sarapan biskut-biskut ke kuih-muih. Mesti nak heavy-breakfast. Kalau ada kelas pagi.....sarapan aku biasanya.....secawan kopi, secawan oat, empat keping roti dan sebiji telur separuh masak. Dalam beg mesti ada biskut, roti krim dan sebotol air mineral. Kalau lapar masa kelas boleh alas perut sikit.      Makan tengah hari pun tak pernah skip.....nasi putih, ikan keli masak  sambal, kerabu perut, ulam-ulaman macam pegaga, ulam raja....memang favorite. Tak ada istilah nak diet jaga badan. Lagipun mak dah pesan,...jangan biar perut lapar....nanti datang penyakit lain. Yalah...kalau perut dah lapar....mulalah pening....masuk angin...dah melarat pula. Kalau dah duduk berdikari....kenalah jaga diri sendiri. Kalau sakit....demam ke...pening ke...alahai....mak dah la jauh kat kampung. Kan dah menyusahkan diri sendiri. Jadi nak senang....kalau perut lapar....makanlah. Nasib baiklah kalau time puasa....tak ada pula perut ni meragam. Tak ada pula pening ke masuk angin.....tapi kena sahur nasi la....tahan sikit. Itu belum lagi....tiap-tiap malam makan nasi lemak....memang kenangan betullah. Cuma aku makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi berulang kali. Makan time lapar....berhenti sebelum kenyang...!!!

Donat yang siap untuk dijual.

Friday, April 8, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!!!

Pejam celik....pejam celik....sudah masuk tahun ke-5 usia perkahwinan ku....rasanya macam baru semalam aku diijabkabulkan bersama suami tercinta.....anak pun sudah dua....sepasang....Rabiatul Adawiyah (4 tahun) dan Muhammad Imran (3 tahun)....

Muhammad Imran dan Rabiatul Adawiyah.
Masih terbayang-bayang lagi kemeriahan suasana sambutan hari perkahwinan ku....seluruh kampung meraikannya....begitulah kalau duduk di kampung....kalau ada majlis kenduri kahwin....semua akan ringan tangan menghulurkan bantuan....bergotong royong....tanpa mengirakan upah mahupun ganjaran....semuanya datang memeriahkan majlis.....bermula dari hari rewang....hingga majlis berakhir......

Gambar kenangan sejurus selepas majlis pernikahan.

Hari ini aku buat Strawberry Swiss Roll untuk diberikan kepada dua orang kawan suamiku....banyak juga yang bertanyakan swiss roll kali ini.....ada juga permintaan untuk menyertai kelas swiss roll yang akan datang....nantilah...kalau cukup peserta......kita buat kelas ya....

Strawberry Swiss Roll yang sudah siap di 'pack'.

Strawberry Swiss Roll



Kalau nak order kek Swiss Roll bolehlah menghubungi saya di no 013-7847066.






Monday, April 4, 2011

Chocolate Chip Muffins.

Sejak akhir-akhir ni.....dalam sehari....entah berapa kali aku check facebook....almaklumlah order banyak yang masuk dari sana. Inbox dan panggilan masuk untuk pertanyaan dan jemputan memasak pula mencurah-curah.....rezeki kan!!!! Rezeki akan datang kita tak tahu......bagiku senang aje....kalau buat kerja....buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh....barulah hasilnya kita puas hati....!!!Kalau buat kerja sambil lewa sahaja....keputusannya pun.....(faham-faham sendirilah ya!!!)
     Aku teringat kata penceramah motivasi Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah,...."kalau buat kerja kena bersungguh-sungguh....kalau menyapu sampah....sapu sampah bersungguh-sungguh....kalau basuh pinggan pun....basuh pinggan bersungguh-sungguh....". Yalah....kalau ala kadar.....padaku lebih baik tak payah buat. Macam kerja tak sudah sahaja kan?!!!

'Chocolate Chip Muffins' yang baru keluar dari oven....!!!

     Pagi ni....aku membuat  'Chocolate Chip Muffin' atau Muffin Cip Coklat..... sambil-sambil menyediakan sarapan untuk pagi ni. Aku berbincang dengan suami ku mengenai tawaran yang agak baik yang tiba semalam. Kalau ada rezeki dan tak mengganggu jadual aku....Insya Allah akan aku pertimbangkan. Mengikut jadual ku yang semakin padat.....sehingga pertengahan bulan Jun....jadual ku agak sibuk. Mudah-mudahan hari-hari yang mendatang segebu Chocolate Chip Muffin ni...!!! Aku bahagia membuatnya....dan harapanku juga orang yang membeli dan menikmati Chocolate Chip Muffin ini, turut merasai kebahagiaanku juga.

'Chocolate Chip Muffins" yang siap di'pack'....!!!

 Sambil-sambil menikmati Chocolate Chip Muffin dan kopi panas....aku menerima panggilan telefon dari salah seorang peserta yang mengikuti kelas 'Swiss Roll' Sabtu lepas (2hb April 2011). Katanya....percubaan pertamanya membuat kek "swiss roll' berjaya. Alhamdulillah....baguslah....kalau ilmu tu terus je dipraktikkan...kalau tak ianya akan hilang sedikit demi sedikit. Aku sendiri pun masih belajar......banyak yang kita belajar...sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu....!!! Sebab tu...chef-chef yang terkenal dan bertahun-tahun pengalamannya pun....sering ke luar negara untuk mempelajari skill-skill yang baru....ilmu ni....tak habis!!!! Nak tak nak sahaja....peluang boleh di cari.....kalau tak nak...macam-macam alasan dibuat.....anak kecillah.....
        Kelas baru ni.....ada cikgu bawa baby dalam kereta sorong bayi. Baiknya baby tu....tak meragam pu....agaknya dia faham....ibunya nak menimba ilmu. Pernah sekali.....ada yang masih dalam pantang datang dengan babynya untuk belajar buat cup cakes. Aku tak ada nak melarang.....cuma pandai-pandailah nak jaga anak masing-masing. Takut mengganggu peserta yang lain. Tapi setakat ni....alhamdulillah.....tak ada masaalah. Semua kelas masakkan yang aku handle....berjalan dengan baik.
Jom kita sama-sama nikmati.....Chocolate Chip Muffin....sambil menikmati kopi panassss!!!





Kalau nak order 'Chocolate Chip Muffin' bolehlah contact saya.....Puan Ida.

Saturday, April 2, 2011

Kelas Masakkan Swiss Roll lagi....!!!

Memang 'happening' kali ni....group yang terdiri seramai 16 orang peserta....sebahagian besarnya terdiri dari kalangan guru-guru dan kakitangan Sek Men Vokasional Segamat. Semuanya sporting dan harap-harapnya enjoy sepanjang program ini berjalan.Terima kasih buat cikgu Rohani yang sentiasa menghubungi saya dalam memastikan perjalanan kelas kali ini.

Tengoklah betapa cerianya masing-masing.....!!!

So program  ini merangkumi....20 jam iaitu 4 sessi x 5 jam....
Maka selama 4 kali sessi kami semua akan menjayakan program kali ini.... Ini baru sessi pertama......lagi 3 kali.....mesti seronok dibuatnya.
Lagi seronok kalau melihatkan hasil masakkan mereka.....
Ini baru kali pertama mereka buat Swiss Roll tau...!!!
Menu kali ini....Chocolate Swiss Roll, Strawberry Swiss Roll, Pandan Swiss Roll, Chocolate Rice Ball dan Truffles. Siap sekali dengan pelbagai decorating.....macam-macam ...!!! Bermulanya dengan cara mengalas dulang pembakar....sampailah cara menghias makanan.....dengan harapan....balik nanti....semuanya boleh menyediakan kek Swiss Roll dan truffles sendiri. Yang penting...kena kreatif!!!

Chocolate Swiss Roll

Chocolate Swiss Roll


Strawberry Swiss Roll

Chocolate Swiss Roll

Strawbery Swiss Roll



Strawberry Truffle dan Chocolate Truffle

Sepanjang program kali ini.....penuh dihiasi dengan gelak tawa dan usik mengusik....mana taknya....hari biasa...mereka bertungkus lumus dengan komitmen kerja....jadi bila bersama dalam aktiviti begini....kiranya belajar memasak sambil releaseeeee tension...macam terapi minda la lebih kurang.
       Tengah-tengah mereka sedang membakar kek.....tiba-tiba BLACK OUT!!!
Nasib baik sekejap je....kalau tak mesti kek tak jadi. Apa-apa pun....insiden black out tu langsung tak merosakkan hasil penat lelah mereka. Kegembiraan jelas terpancar diwajah masing-masing.....(amboi ayat....!!!)....  :) melihatkan hasilnya.


 Ini masa demonstrasi.....
Mulanya semua duduk.....excited sangat nak tengok dekat-dekat....akhirnya semua bangun berdiri dekat-dekat!!!
 Tengok baik-baik ya....lepas ni nak buat sendiri....
 Siap ada yang merakam proses demo ni!!!
 Kita buat decorating pula ya....cikgu boleh tolong saya sekali....
 Yang tengah menyukat bahan tu untuk dimasukkan kedalam mangkuk adunan .....inilah Cikgu Rohani.....yang sedang memegang mixer tu namanya Kat Mui Yen....
Inilah kerjasama dalam satu kumpulan.
 Salah satu kek yang siap sedia untuk dibakar. Cantikkan...?!!Kreatif sungguh!!!
 Setelah siap membakar kek....masing-masing dah tanggalkan apron....nak ambil gambar bersama.
 Satu saya punya.....satu awak punya....
Jom kita sama-sama menikmati truffle!!!
Alhamdulillah....semuanya berjalan dengan lancar.Kita jumpa pada sessi seterusnya.
Jumpa lagi!!!