Wednesday, April 4, 2012

Diam tak diam dah nak masuk 3 bulan Rabiatul dan Imran belajar di Taski. Alhamdulillah banyak perkembangan positif yang dapat dilihat. Mujurlah kedua-duanya seronok dan teruja menjalani sessi persekolahan. Tak menjadi masaalah untuk mengejutkan mereka setiap pagi. Bermula 6.15 pagi, mulalah aku dan suami mengejutkan Rabiatul dan Imran. Bergurau dan mengeletek anak-anak semasa mengejutkan mereka, memeriahkan suasana pagi kami sekeluarga. Walaupun jarak taski dan rumah agak dekat......memakan masa 4 minit kalau menaiki kereta.....kalau berjalan kaki....adalah 8 minit......tapi tujuan aku mengejutkan mereka awal....adalah untuk melatih mereka bangun pagi....bersiap untuk ke sekolah tanpa tergesa-gesa dan mengambil sarapan....walaupun minum susu. Nanti tak adalah perut kosong sambil menanti sessi makan di sekolah dalam pukul 10.00 pagi nanti.

Bila anak-anak semua dah ke sekolah....aku turut menjalani fasa yang baru....nak juga merasai pergi ke pasar....memilih lauk pauk untuk di masak untuk tengahhari nanti. Sebelum ni beli lauk, tak adalah pagi-pagi....selalunya beli untuk stok 3,4 hari....di pasaraya. Tak pun pesan kat suami, beri senarai barang-barang untuk dibeli. Kalau nak beli barang utuk buat kek ke kuih pun tunggu suami balik kerja, pergi sama-sama. Bukan tak boleh pergi dengan anak-anak.....cuma leceh sedikit.....kalau aku sibuk memilih barang di kedai peralatan membuat kek......anak-anakku pula sibuk menurunkan barang-barang dari rak.....dah menjadi satu kerja pula  aku nak menyusun semula barang-barang tu. Kalau aku shopping kat pasaraya dengan anak-anak....masa menbayar tu kena pula aku berhati-hati.....sebab entah bila masanya ada barang-barang lain yang anak-anakku masukkan tanpa aku sedari. Pergi kedai runcit pula.....alih-alih ada satu plastik pelbagai aiskrim dan di kira sekali masa aku membayar.....rupa-rupanya masa aku memilih barang...anak-anakku itu dah meletakkkan aiskrim di kaunter pembayaran.....jadi orang kedai tu kira sekali la.....senyum je lah.....

Rabiatul dan Imran dah pandai mengenal huruf ABC, huruf jawi dan mengira sampai seratus. Bukan itu sahaja...mereka dah mula mengeja Qiraati dan menghafal surah-surah pendek, doa harian serta amali solat. Sangat menyenangkan hatiku bila kedua-duanya tak perlu di kerah untuk belajar....selepas solat Maghrib, aku kata...."masa belajar".....masing-masing bergegas mengambil beg sekolah masing-masing....aku dan suami cuma menyemak dan memperbetulkan sahaja mana yang silap. Adakalanya Imran pula susah nak suruh tidur...."nak baca buku" katanya. Iyalah sayang.....mama cuma tak mahu Imran tak cukup tidur....esok nak sekolah.....

Yang bestnya ....dia nak kita sama-sama teman dia baca buku. Menyemak bacaan dia. Kalau kita pejam mata ke pandang tempat lain.....dia tegur balik....."mama, buka mata ma...."...."mama, pandang sini ma..."
Alahai anak mama!!!!

Saturday, January 14, 2012

Anak-anak dan alam persekolahan!!

Besar hatiku apabila aku mula mendaftarkan anak-anakku ke alam persekolahan, walaupun baru masuk Taski. Tapi pengalaman ini adalah sangat berharga bagiku. Rasanya, macam aku yang terlebih 'excited' pula dalam menyediakan kelengkapan persekolahan mereka. Menghitung hari untuk hari pendaftran dan bangun awal untuk hari pertama persekolahan mereka. Aku rasa bukan aku sahaja ibu yang berperasaan begitu. Ianya satu pengalaman yang indah dan bermakna bagiku.

Begitu juga emak dan ayahku dikampung yang terlebih dahulu telah membelikan beg sekolah untuk anak-anakku. Awalnya aku sengaja melambatkan pembelian beg sekolah mereka sebab nak tengok berapa banyak buku dan muatan yang perlu mereka bawa. Kalau beli kecil sangat,...takuat tak muat pula. Kalau beli besar sangat, nanti bukunya sikit pula. Beg Imran warna hitam 'Angry Bird' dan Rabiatul warna pink 'Princess'.

Aku, suamiku dan anak-anak juga bersama-sama pergi ke kedai kasut membeli kasut sekolah mereka. Tak sangka ada juga saiz muat untuk anak-anakku. Yang bestnya...Imran dan Rabiatul memakai saiz yang sama. Ala comelnya anak-anak mama!!!!

Setelah itu, setiap hari Imran dan Rabiatul ......bangun tidur je....dah menyarung beg dan berkawad dalam rumah memakai setokin dan kasut sekolah. Cuma uniform sekolah je lambat dapat. Kata cikgu dia, dalam pertengahan bulan. Jadi buat permulaan pakai baju biasa sahaja.

Saturday, September 10, 2011

Kuih Raya!!!

Bulan Ramadhan telah pun berlalu.....dari awal-awal lagi.....kiranya sebelum masuk bulan yang berkat ini....aku telah menyatakan hasratku pada suami tercinta untuk tak membuat kuih raya......maknanya tak bisnes pun kuih raya tahun ini.....memandangkan kesibukkan yang semakin menjadi-jadi.....tak mahu pula kerana tamakkan ini dan itu.....maka kerja yang sedang ku lakukan hasilnya tak memuaskan hati.....buat kerja kalau ala kadar....nanti hasilnya ala kadar juga lah!!!! Biarlah kalau buat kerja beria....maka hasilnya baru kita puas hati!!!!
Ain dan Fazidah.
Nasib kita juga kadang kala tak dapat dijangka....aku juga tak menjangkakan akan sesibuk sekarang....kalau diingatkan semula......5, 6 bulan lepas....aku masih ada masa untuk memeriksa e-mail dan facebook 3 kali sehari.... almaklumlah....order kuih juga masuk dari sana....masuk sahaja bulan Jun 2011......aku mula sibuk......bukannya buat-buat sibuk.....memang sibuk.....ada sampai sebulan facebook dan e-mail ku tak buka.....sedangkan hanya cuma 'KLIK' button sahaja....itu pun tak sempat......

Ni nak cerita pasal projek kuih raya la pula!!!!

Sudah 5 kali raya Aidilfitri  aku berbisnes kuih raya.....rasa janggal  juga tahun ni.....kalau tak biasanya aku dah beli stok bahan-bahan nak buat kuih raya.....jadi rak-rak untuk stok bahan kat rumah aku selalunya tersusun dengan pelbagai jenis tepung,....(ada tepung gandum, tepung kastart, tepung jagung, tepung kentang...dll)...biji-bijian (kacang badam, kacang hazel, kacang pistachio, kismis,....dll)....macam-macam lagilah.....kalau nak disenaraikan.....tak habis nak cerita pasal projek kuih raya pula....
Almond London!!!
Biasanya....ku beli dalam kuantiti yang banyak.....itu pun setelah membuat perkiraan dan menerima tempahan awal dari pemborong kuihku .....kiranya dah ada regular customerlah....jadi sebelum puasa...aku dah buat sample tester.....dan berikan kepada mereka.....lepas tu...kalau berkenan.....order pun masuk......bila order masuk....barulah aku membuat perkiraan.....modal yang nak digunakan....peralatan nak guna......berapa orang part-time nak panggil.....berapa hari nak buat......macam-macamlah.....buat jugalah paper work....cuma tak hantar dan present pada siapa-siapa je.....

Sibuk dengan kelas masakkan .....alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan......tambahan lagi beberapa faktor seperti tak sempat nak cari  part-time untuk buat kuih .....aku membuat keputusan untuk membatalkan hasratku itu.....tapi benarlah kata orang....kalau dah rezeki kita.....
Ain dan Fazidah.
Permintaan kuih dari regular customer masuk.....walaupun tak ada sample tester yg ku buat,....katalog kuih pun tak ada tahun ni.....pertanyaan "tahun ni tak bisness kuih ke?"dah ku dengar berulang-ulang kali.....rasa ralat pula kalau tak bisness kuih tahun ni.....teringat pula pada Fazidah sekampung ku.....kagum betul aku pada tindakkannya yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit dan berulang ke hospital menemani ibunya......
 
Dipendekkan cerita.....lebih kurang seminggu lebih lah Fazidah dan anak sedaranya Ain datang kerumahku untuk menyiapkan tempahan kuih. Kebanyakkannya dari Yatie, Terenganu. Kalau tak disebabkan projek kuih raya ni....tak adalah dapat aku berbual dengan Fazidah dari pagi ke petang. Macam-macam cerita kami bualkan. Almaklumlah aku tak berjumpa dia semenjak kami habis sekolah. Memanglah sekampung, sama sekolah rendah dan sekolah agama....tapi masuk je sekolah menengah.....aku telah bertukar sekolah di bandar. Habis sekolah pula.....masing-masing bawa haluan masing-masing. Apa-apapun.......terima kasih ya Fazidah dan Ain,....sanggup datang menaiki dua bas setiap pagi ke rumahku. Insya Allah, kalau ada peluang kita boleh bekerjasama lagi!!!!


Hari terakhir......baru teringat nak bergambar kenangan!!!



Wednesday, July 20, 2011

Selamat Pengantin Baru Jue!!!!

Cerita ini bermula bila aku mendapat panggilan telefon dari seorang yang memperkenalkan dirinya Jue....katanya dia mendapat tahu tentang ku dari kakaknya yang pernah mengikuti salah satu kelas masakkanku. Dia berminat untuk menempah kek perkahwinan untuk hari bahagianya dan juga cup cakes untuk hantaran. Kebetulan tarikh yang dia tempah itu masih lagi kosong.....jadi oklah!!!!
'Fondant Cakes' untuk hantaran bagi sebelah pihak lelaki.
Beberapa kali juga kami berbual dan berhubung melalui facebook.....rajin juga dia chatting dengan ku....aku pula setiap hari check e-mail dan akaun facebook....almaklumlah order banyak masuk di sana. Lagipun kalau customer nak tengok katalog....ke gambar kek ke....boleh direct je hantar!!!!
Dalamnya 'Chocolate Cake'.
Bekerja untuk Jue ni senang juga....dia tak cerewet dan fleksibel. Banyak idea kita ketengahkan.....dia kata...."okey kak....Jue tak kisah....terpulanglah pada akak!!!"
Sometimes....simple is better!!!
Bertemu dengan Jue di sebuah restoran makanan segera....untuk membincangkan tema, warna dan lain-lain....dari air muka Jue ni.....lembut orang nya. Ku bawakan juga album produk lain yang ku hasilkan.....macam homemade chocolate....muffin.....!!!


'Fondant cup cakes' untuk hantaran sebelah perempuan.
Jue mahukan kek perkahwinannya bertingkat....mengiku budget yang diberikan....aku mencadangkan agar kek perkahwinannya dibuat satu je.....untuk dipotong.....dan diiringi dengan cup cakes. Jadi masa lepas acara potong kek....cup cakes tu bolehlah diberikan kepada para tetamu. Untuk hantaran pula....Jue mahukan 'fondant cup cakes'. Sebelum beredar Jue memberikan sekeping kad jemputan hari perkahwinannya.....sebagai contoh warna tema kek.

Tema yang dia mahukan....hijau pucuk pisang dan ada warna kuning sikit.......!!! Ada juga tempahan yang kuterima juga mahukan tema yang sama....trend agaknya atau pun secara kebetulan!!!!

Selamat pengantin baru....JUE & AMAR!!!
Beberapa hari selapas tu....Jue menghubungi aku bertanyakan harga 'homemade chocolate'......katanya utuk doorgift para tetamu......entah berapa kali berhubung dan berchatting dengannya......jumlah 'homemade chocolate ' yang di tempah menjadi 665 biji kesemuanya. Pelbagai bentuk dan perisa termasuklah filling.
My Love Chocolate.
Sweetheart Chocholate.
Rose Chocolate.
Rich Chocolate.

 Shell Chocolate.
Beberapa hari kemudian.....Jue menghubungi aku dan meminta aku turut membuatkan 'fondant cake' untuk hantaran bagi pihak lelaki pula. Dia juga menunjukkan gambar contoh kek.......tema warna macam pink...ada campur warna unggu keladi juga......
Untuk kek ini.....ku buatkan kek coklat pula.


Cabaran dan dugaan akan dtang tanpa kita ketahui. Semua proses....berjalan dengan lancar.....TETAPI.....jeng....jeng...jeng.....!!!!!
Sebelum penghantaran dibuat!!!!
Pada hari majlis perkahwinan Jue.....aku datang berdua dengan anakku Rabiatul Adawiyah......manakala suamiku di rumah menjaga Mohd Imran, puteraku yang kebetulan demam..... datang awallah....makan-makan dulu.....jumpa pengantin.....
La....tak sangka pula......ramai orang yang aku kenal.....ada kat kenduri ni....emak sedara, orang kampung, tunang adik aku dan emaknya, peserta yang pernah menghadiri kelas aku.....jadi tak adalah janggal sangat....sementara nak menanti waktu nak susun tingkat kek......
Makan nasi minyak pun sudah.....beralih pula kepada bubur kacang hijau yang dihidangkan sebagai pencuci mulut........bermangkuk-mangkuk bubur kacang hijau ku makan...... ....ni bukan nya nak cuci mulut....ni nak cuci perut agaknya!!!
Meriahnya dengan 'homemade chocolate'.
Maka tibalah kompang berbunyi......pengantin perempuan (Jue) turun berarak bersama pengantin lelaki. Lepas tu nak bersanding pula......barulah nak makan berdamai/makan beradap......seterusnya majlis potong kek. Jadi masa dia berarak dengan iringan kompang nak menuju ke pelamin......aku pun menyusun kek dan kek cawan atas tingkat kek. Kalau pasang awal-awal tadi....takut diusik budak-budak....kata mak-mak sedara Jue. TUP...TUP.......ke mana lah pulak pisau nak potong kek ni?!!!!! Masa nilah nak hilang......degup jantungku masa tu sama kuatnya dengan alunan kompang!!!!! Haaaa...nak buat apa ni?!!! Nak gi beli kat kedai kek.....ambil masa juga dalam 15-20 minit. Pengantin tengah bersnading....ambil-ambil gambar tu......mana sempat?!!!!....Nak pinjam pisau dapur?!!!!....tak kenalah pula!!!!....
Kek yang bakal dipotong.
Cubalah tanya  kat dapur.....dapar pisau okey sikit pun jadilah!!!!
Aku ke dapur....."ni mak sedara Jue ke?"..."ya...."...."pisau nak potong kek hilang la mak cik....ada tak pisau lain?"...."ada....kejap ye!!!"......
FUHHH!!!! Leganya dadaku.....mak cik Jue yang baik hati tu....mencari pisau potong kek....pisau plastik potong kek....yang kedai kek beri kalau kita beli kek.....dan mak cik tu juga turut mencarikan bunga reben untuk dilekatkan pada pisau tu......Alhamdulillah!!!!!

Diiringi 50 kek cawan.
Setelah selesai majlis potong kek.....kek-kek cawan pun dah di agih-agihkan pada para tetamu.....pengantin pun tengah bersalam-salaman dengan tetamu yang nak balik....aku pun mengemaskan peralatan dan tingkat kek.....takut hilang juga!!!!
Kek perkahwinan yang ditempah.
Walaubagaimana pun....terima kasihlah Jue....kerana memberi kepercayaan kepada akak turut terlibat dalam hari yang bermakna buat Jue dan suami. Semoga berbahagia!!!!
Kek perkahwinan mengikut tema....hijau pucuk pisang!!!
" Selamat Pengantin Baru....JUE & AMAR..."

Lama tak update!!!

Lamanya tak update blog ni!!! Terlampau sibuk sangat....mungkin rezekilah katakan!!! Kalau rezeki dah datang....takkanlah nak tolak ....tambahan pula bagi yang bekerja sendiri.....every month bermula dengan RM00.00. Kalau nak lebih....kenaalah usaha lebih....ya tak?!!!!

Yang bestnya bekerja sendiri ni....kitalah bos, kitalah pekerja.....dan tak payah nak dengar arahan...sendiri buat keputusan dan sendirilah yang menanggung risikonya. Masa ada job kita kerja....masa tak ada...kita holiday lah!!! Tekanan datang.....bila nak menyiapkan tempahan.....apalagi kalau ada masaalah yang tak diduga datang....!!!! Masa tu kenalah bersiap sedia untuk menyelesaikan nya. Tapi.....hidup ni tak meriah kalau tak ada cabaran kan?!! Enjoy dengan kerja kita yang kita buat......jadi tak adalah stress memanjang!!!! Ramai yang mengeluh dengan kerja mereka.....sepatutnya kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.....kalau nak dibandingkan dengan mereka yang masih terkial-kial mencari pekerjaan!!!! Kadar sara hidup yang tinggi sekarang ni.....apa nak buat,...semua memerlukan duit!!!! Ini realiti yang semestinya kita terima. Kalau tak kerja....lagilah teruk kan?!!!

Ramai yang mengeluh dengan pekerjaan mereka sekarang......terutama bagi yang bekerja dengan majikan. Berpendapatan tetap setiap bulan. Kerja tak suka.....gaji nak pula??!!!!....Memang kita tak pernah puas dengan apa yg kita ada....tak menghargai dengan apa yang kita dapat.....biasanya kita akan menghargai sesuatu itu....bila kita sudah kehilangannya!!!! Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.....dengan apa yang kita terima....kerana itu lah selayaknya kita terima!!!!!

Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum.....kecuali mereka merubah nasib mereka sendiri......

Jadi kalau nak sesuatu yang lain.....kita kena berubah.....persoalannya....adalah kita mahu dan sanggup untuk membuat perubahan itu?!!! Tanya lah pada diri sendiri.....dan beri jawapannya pada diri kita sendiri.

Tuesday, May 3, 2011

Kelas Masakkan Nuggets Ayam...

Teruja juga nak jumpa group baru kali ini. Kali ni peserta dikalangan surirumah pula. Gamat sungguh group ni....almaklumlah masing-masing dah kenal lama. Bergurau senda dan usik mengusik semasa kelas diadakan memeriahkan suasana. Masing-masing dengan ragamnya. Apa-apapun....memang happening!!!
Lihatlah keceriaan masing2!!! Memang sporting!!!!
Demo tetap demo....possing tetap possing!!!

Tengah demo cara-cara nak buat nugget ayam.
Siap tulis nota lagi!!! Bagus betul kakak ni!!!
Tengah asyik buat nugget!!
Apa yang penting....KERJASAMA!!!
Inilah hasilnya....Ayam Golek Panggang!!!
Inilah pemenang hadiah cabutan bertuah!!!
Senyum masing-masing....balik ni bolehlah praktikkan kat rumah!!!

Dah selesai pun kelas hari ini.....!!! Jumpa lagi!!!