Wednesday, March 30, 2011

Cup cakes ....

Apa kena dengan aku ni....dah dua hari....pukul dua pagi je terjaga...lepas tu mata segar bugar pula tu....!!! Teringat kata seorang cikgu aku masa sekolah menengah dulu....kita selalu merungut leceh kerana nak buang air kecil pada waktu malam....sedangkan sebenarnya Allah nak gerakkan kita untuk bangun beribadat diwaktu-waktu orang lain sedang lena diulit mimpi....tapi kita selalunya tidur semula selepas ke tandas.

Ceria sunggug cup cakes ini.
Jadi pagi ni....ringan sekali aku mengeluarkan bahan-bahan nak buat kek. Kek apa ya?...Buat kek cawanlah pula... Dah selalu membuat 'cup cakes' dalam kuantiti yang banyak dengan masa yang terhad....buat sikit-sikit ni kira santai sahaja....ewah!!! Kiranya melembutkan jari jemarilah....sebaik sahaja kek sejuk....kuhiaskan pula dengan bunga mawar aising bewarna pink.....dan daun hijau epal....moga hari ini akan berseri seperti warna pink ini....

Cup cakes yang siap di'pack'.

Kalau  nak order bolehlah contact saya di nombor 013-7847066......

Tuesday, March 29, 2011

Muffin Oreo

Rasanya dah agak lama aku tak menghantar kek atau roti untuk jual kat kolej......
Hari ni tak bussy sangat...dah tu mata terjaga awal pagi....jadi seawal pukul 3 pagi je....aku dah mengadun adunan untuk menbuat 'Muffin Oreo'. Buat sikit ajelah....nak test market dulu....lagipun nak adun muffin senang dan ringkas.....tak payah nak keluarkan mixer....guna 'wire whisk' dan mangkuk je.....kacau-kacau semua bahan...masuk dalam paper cup....dan bakar....dah siap!!!

Inilah Muffin Oreo...!!!
...masih panas...baru keluar dari oven!!!

Sambil tunggu muffin masak.....mulalah aku 'online' komputer untuk update blog dan check facebook aku....sambil2 tu melawat-lawat facebook kawan-kawan yang lain. Nak melawat ke rumah...ntah bila la pula....masing-masing pun sibuk juga....sedangkan aku yang duduk kat rumah ni, kerja tak habis-habis.Ada je yang nak kena buat....nak mengemas rumah, nak memasak, mandikan anak, basuh baju.....itu belum lagi kalau tempahan kuih atau kek yang berdebuk masuk....
     Tapi kalau kita sibuk....maka momentum badan kita akan berterusan bekerja....kalau tak ada kerja....maka bermalas-malasan pula badan ni....

Muffin Oreo yang siap 'pack' dalam plastik bunga-bunga.

Siap aje muffin masak dan sejuk....aku mulalah packing dalam plastik bunga-bunga dan seal. Nampak meriah gitu.... ada gambar bunga-bunga ros. Plastik ni aku beli kat kedai jual barang cenderahati perkahwinan. Sekarang ni dah ada bermacam-macam design, saiz dan berwarna warni. Dah sekarang majlis perkahwinan semacam dah menjadi kewajipan untuk memeriahkan majlis dengan pemberian buah tangan kepada para tetamu.....'door gift'. Nak beg pastik, beg kertas, .....macam-macam la....itu belum lagi dengan cenderahati yang nak diisikan dalam beg tu....salah satunya....'cup cakes'.... :)
So....kalau musim perkahwinan, aku juga turut sibuk sekali. Samapai bersengkang mata nak menyiapkan tempahan.

Siapa yang nak order bolehlah contact saya ya....Puan Ida

Tengah buat kerja rumah, cikgu Rohani telefon.....dia dah ada group sendiri. Jadi dia nak booking kelas masak dengan aku. Jadi program masak 20jam (4 x 5 jam) akan bermula dengan group cikgu Rohani. Aku mula merangka balik menu masakkan untuk group cikgu Rohani. Insya Allah seawal bulan April ni....kelas masakkanku akan bermula. Salah satu menunya.....ku masukkan 'Muffin Oreo'!!!

" Muffin Oreo "



    

Monday, March 28, 2011

Majlis Pertunangan Adikku Tersayang

Berseri-seri sungguh adikku pada hari pertunangannya. Almaklumlah perhubungan yang terjalin selama lebih kurang 10 tahun akhirnya diikatkan dengan tali pertunangan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis berjalan dengan sempurna. Antara hantaran yang diberikan oleh pihak adikku, aku telah menyediakan sebiji kek dan 25 biji 'cup cakes'. Tak lupa juga tetamu turut menerima 'cup cakes' sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Terima kasihlah kepada semua yang hadir terutama kaum keluarga.....mak sedara dan bapa sedara....kerana sudi memeriahkan majlis....jangan lupa datang pada hari kenduri besar nanti ya!! Sayang semua.... :)

Cup cakes untuk hantaran.
'Cup cakes' untuk tetamu.
Adikku diapit oleh kedua-dua kakaknya.....kiranya aku dan kak Ngah jadi dayang-dayang
Tersenyum bahagia adikku semasa bakal emak mertunya menyarungkan cincin dijarinya.

Disebalik keceriaan ku pada hari itu, termasuklah rasa kesyukuran kerana anakku Imran telah selamat keluar dari bilik pembedahan pada hari sebelumnya. Asalnya, Imran dijangkakan untuk hadir 'appoinment' dengan pakar bius dalam bulan 5. Oleh kerana suami ku kasihankan Imran yang asyik merengek-rengek sakit, dia telah menelefon untuk berunding untuk mempercepatkan tarikh dan proses.
Disebabkan nama Imran telah masuk di dalam senarai menunggu, maka tarikh diberikan. Paling cepat pada 11/3/2011 dan 21/3/2011. Tanpa banyak berfikir kami setuju untuk datang pada 10/3/2011 untuk bertamu dengan pakar bius dan keesokkan harinya Imran akan masuk ke bilik pembedahan.

Kek hantaran.
Sayang ayah!!!

Ini abang Long saya tau!!! Hensem tak? :)
Yang kiri sekali tu Mak Ngah......kakak ayah saya!!!

Berdebar juga aku dibuatnya kerana aku perlu menyiapkan kek dan 'cup cakes' untuk hari pertunangan adikku yang bakal berlangsung pada 12/3/2011 iaitu 4 hari lagi. Mujurlah semua bahan dan 'casing' telah kubeli awal. Jadi semua kek dan 'cup cakes' yang aku sediakan telah aku buat 3 hari sebelum majlis. Bermula dari pukul 3 pagi....sampailah ke petang....aku menyiapkan segala kek yang sepatutnya mengambil masa 3 hari untuk disiapkan. Suamiku pulang sahaja dari kerja,....kami bergegas pulang ke kampung untuk menghantar kesemua kek dan 'cup cakes'. Sambil memohon doa dari emak dan ayah agar semuanya berjalan dengan selamat, aku meminta maaf sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di majlis pertunangan adik nanti.




Sempat juga aku menemui adikku ditempat kerjanya, meminta maaf kerana kek hantarannya tak mengikut tema merah putih. Hanya sempat ku sapukan aising dan ku atarkan buah-buahan sahaja di atasnya. Mujurlah dia suka dengan hasilku kali ini. Dalam kelamkabut ingin pulang segera.....sandalku pula terputus.....adikku juga telah membelanja beli sandal baru....nasib baik jugalah tempat kerja adikku tu ada menjual sandal. Lagipun aku dah tak sempat nak shopping kasut....jam dah hampir pukul 10 malam....kedai kasut mesti dah tutup.Esok seawal 5 pagi aku sekeluarga nak bergerak ke hospital. Kasut yang ada di rumah semuanya tumit tinggi 2.5"-3". Takkan aku nak duduk kat hospital dan kesana sini dengan melaram kasut tumit tinggi....lainlah nak ke majlis.
        Malamnya aku menunggu Imran di wad. Pukul 9 malam dia dah merengek memangil 'ayah' dan 'kakak'. Suami ku dan Rabiatul pula menginap di hotel berdekatan. Puas ku pujuk dan ku dukung ke sana kemari tak juga reda....menjadi-jadi adalah. Akhirnya pukul 12 tengah malam aku menelefon suamiku menyuruhnya datang. Mendapang tangan Imran melihatkan ayah dan kakaknya datang. Lega hatiku bila tangisnya reda....siap ketawa-ketawa lagi dia bergurau dengan Rabiatul. Tak lama lepas tu dia tertidur. Suamiku mengejutkan Rabiatul yang turut tertidur di sebelah adiknya. Nak pulang semula ke hotel...dah pukul 1.30 pagi.
        Esoknya seawal pukul 5.30 pagi Imran terjaga meminta susu. Ku suakan botol susu kosong.....ialah dia kena berpuasa sekurang-kurangnya 4 jam sebelum masuk bilik pembedahan. Sekejap nak air kosong,....nak air kotak....nak air soya....sayu hatiku melihatnya. "Nanti tengah hari nanti....Insya Allah mama belikan air soya ya....Adik nak air kotak apa pun mama boleh belikan". Tapi dia baru 3 tahun....pujuk sekejap ok....lepas tu dia merengek haus lagi....Lucu pula hatiku bila ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang turut kena berpuasa berkata" Susu dah habis.....Air pun tak ada.....Satu hospital ni tak ada air." Macam-macam cara nak memujuk anak ni ya....

Dipendekkan cerita.....segalanya berjalan dengan selamat. Imran memasukki bilik pembedahan pada pukul 8.30 pagi sehingga 10.15 pagi. Terima kasihlah kepada pakar bius Dr Syikin, pakar pediatrik kanak-kanak Dr Saadah, Dr Kavi and team atas perkhidmatan yang sangat memuaskan. Tak lupa juga buat semua pekerja Hospital Besar Melaka atas layanan yang memuaskan. Dalam pukul 4 petang, Dr Kavi melawat wad dan meneliti keadaan Imran....Alhamdulillah dia dibenarkan pulang petang itu juga. Maka sempatlah aku sekeluarga menghadirkan diri di majlis pertunangan adikku nan seorang tu keesokkan harinya.

Selamat bertunang dik....sayang adik akak...!!!

Jom join saya di facebook!!!

Macam kita pula yang nak bertunang ya bang....tak sangka dah hampir 5 tahun usia perkahwinan kita...

Friday, March 25, 2011

Mini Cup Cakes

Terima kasihlah kepada Noor Hafizah, Kulai kerana tempahan cup cakes yang pernah ditempah padaku telah mencetuskan idea untuk membuat mini cup cakes. Mulanya dia menempah cup cakes untuk majlis Berbuka Puasa Hari Raya Aidilfitri kira-kira dua tahun lepas. Setelah selesai aku menyiapkan tempahan cup cakes....masih ada sedikit lagi baki adunan. Tup-tup idea datang.....ku ambil acuan dan mangkuk kertas kecil....lalu ku sudukan adunan kedalamnya.


Maka terhasillah....'Mini Cup Cakes'......

Dalam kesibukkan menghantar pesanan kuih raya....kiranya lagi 4, 5 hari nak raya.....aku sempat mem'packing' beberapa biji Mini Cup Cakes....kepada pemborong-pemborongku. Kira nak bagi gift kat diaoranglah sebab menjadi pemborong setia kuih raya ku setiap tahun. Bukannya banyak pun....dalam 10 biji seorang.....packing je dalam plastic bunga-bunga.Itulah....dah rezeki Allah nak beri...pemborong-pemborong kuih menelefon aku semula......bertanyakan harga yang aku letak untuk Mini Cup Cakes........order masuk untuk Mini Cup Cakes sahaja....melebihi 2000 biji....padahal aku belum lagi mengira kos dan berapa aku nak mark-up harga.....Akhirnya aku meletakkan harga RM15.00 untuk 100pcs.Kalau nak order bolehlah contact saya di nombor 013-7847066 atau tinggalkan pesanan di inbox facebook saya  di Puan Ida.


          Ingatkan tempahan kuih raya nak selesai....bolehlah aku berehat setelah hampir sebulan bertungkus lumus bersengkang mata menyiapkan tempahan kuih raya. Tapi rezeki selepuk....setahun sekali.....bila lagi peluang nak datang....mana kita tahu kan?....Maka aku sambung membuat mini cup cakes pula. Lagipun proses membuatnya tak serumit membuat kuih raya. Cuma adun dan tuang dalam acuan aje. Lepas tu packing dalam beg pastik bunga-bunga. Seal sahaja dengan plastik sealer. Dah siap.

Bila tiba raya je...akulah orang yang paling gembira rasanya. Sebab boleh bercuti panjang. Seronoknya.....iyalah....bekerja sendiri.....
Ingatkan dah raya.....maka tak ada lagilah nak buat kuih raya. Subahanallah.... tempahan untuk Mini Cup Cakes masuk lagi lebih kurang 2500 biji pada hari raya ke-5 sebab orang dah start buat majlis rumah terbuka pula. Aku tak lupa juga memberi sebekas Mini Cup Cakes pada Noor, anak sedara dia suka sangat makan mini cup cakes tu. Insya Allah ada kesempatan....nanti auntie buatkan lagi ya.....sebab auntie pun nak datang ke rumah keluarga untieNoor di kampung. Melawat untie Noor dan baby girlnya yang belum pun berusia sebulan.

Thursday, March 24, 2011

Swiss Roll

Ramai yang mengemari Swiss Roll kerana teksturnya yang lembut dan sedap. Tambahan pula corak abstraknya yang cantik. Jadi pada 12hb Mac 2011 (Sabtu), sekali lagi aku dijemput untuk mengajarkan cara-cara membuat kek Swiss Roll. Sebelum tiba hari Sabtu itu....aku juga siap turut mempromosikan melalui lama facebook aku. Manalah tahu kalau-kalau ada kawan-kawan yang berminat. Kalau kawan-kawan sendiri yang join....lagilah seronok kan? Sambil buat kek....kita berjumpa kembali....lebih kurang macam 'reunion sambil memasak' gitu. Tapi masing-masing semua ada komitmen sendiri. Ada yang duduk jauh....ada yang kerja....ada yang pergi kenduri kahwin.....macam-macam hal. Nak buat macam mana?...

Teringat pula pada kak Aishah, Maokil yang merupakan salah seorang yang pernah mengikuti beberapa kelas masakkanku. Kali terakhir aku berjumpa dengan dia semasa aku handle kelas 'Coklat Buatan Tangan' di Labis. Bila dia mengangkat panggilan telefonku....kedengaran suaranya yang sangat ceria. "Cikgu, saya dah buat dah coklat cikgu".Tersenyum aku dibuatnya. Setiap kelas yang aku handle....aku tak lupa mengingatkan agar mereka mempraktikkan ilmu yang diperturunkan. Kalau tak sayang sekali,....membazir masa dan ilmu itu akan pudar sedikit demi sedikit.

"Ok tak?"saya bertanya kembali. Dengan penuh keterujaan dia berkata..."Saya dah berjual coklat dah cikgu. Dah sampai ke Singapore....hujung bulan ini ada tempahan 1000pcs dari JB. Terima kasihlah atas ilmu yang cikgu berikan."

Apalagi yang boleh membahagiakan hatiku. Ilmu yang tak dipersiakan. Alhamdulillah...aku tumpang gembira.Bila kukhabarkan kelas Swiss Roll.....kak Aishah turut berminat. Sayangnya...hajat tak kesampaian bila....dia dan kawan-kawannya memang nak pergi pada hari itu..... kereta pula meragam. Tak apalah kak Aishah...kita jumpa lain kali lah ya.

Kelas Swiss Roll berjalan juga.....group ni....memang gamat. Kalau kak Ramlah dan adik-adiknya ada join....memang riuh rendah dibuatnya. Macam rewang rumah kenduri pun ada. Sampaikan tak kering gusi melayan kerenah dan telatah masing-masing. Masuk ni dah 3 kali 'Kak Ramlah and the sisters' join kelas masakkan ku. Sebelum berakhirnya kelas  hari itu, kak Ramlah berpesan"Cikgu, kalau ada kelas lagi...masukkan nama kitaorang bertiga. Insya Allah kalau sakit pun, selagi terdaya kita bangun, kita datang." Bestlah kak Ramlah!!!


Inilah hasilnya. Tiga jenis Swiss Roll.

Chocolate Swiss Roll

Pandan Swiss Roll


Strawberry Swiss Roll
 Bergambar bersama kak Ramlah dan adik-adiknya. Jika diizinkan Allah kita jumpa lagi ya.



Marble Cake

 
Kek marble ini seberat 1 kilo.




Syukur Alhamdulillah...rezeki semakin murah....kata emak....rezeki kenalah digerakkan.....
Rezeki itu datangnya dari Allah.....jadi kita kenalah berusaha untuk mencari rezeki mengikut jalan yang diredhai Allah. Biar berkat rezeki yang kita dapat itu. Emak berpesan lagi....katanya kalau duit itu berkat....ianya akan lama melekat pada kita....kalau cari duit dgn cara salah.....duit itu semacam panas....macam ada orang kata....tak nampak apa yg digunakan ......alih-alih duit dah habis.....gaji sebanyak mana pun....tak cukup-cukup.....

Projek besar dan undangan memasak dah datang. Kata suamiku, "nampaknya awak semakin sibuklah berbanding saya". Senyum sajalah aku sambil menyusun aktiviti dan meneliti perancangan dalam buku organizerku. Yalah.....nampaknya sepanjang bulan 4, 5 dan 6 aku sibuk. Ada tempahan kek perkahwinan, coklat, kek cawan, undangan memasak.... Rezeki dah datang.....almaklumlah surirumah macam aku ni.....mana ada pendapatan tetap....mujurlah suamiku mengizinkan aku bekerja dari rumah. Terima kasih tak terhingga kerana memahami dan menyokong selama ini. Semenjak aku berkahwin, aku telah berhenti dari kerja.....walaupun pada masa itu...gajiku agak lumayan dan peluang ku agak cerah untuk kenaikkan pangkat seterusnya.....

Ramai juga yang marah dengan keputusan aku meletakkan jawatan dan memilih untuk menjadi surirumah. Sayang kata mereka.....belajar tinggi-tinggi, tapi tak kerja. Gaji dah tinggi, tapi berhenti. Itulah....kadang-kadang ada orang dah terlupa....yang rezeki itu datangnya dari Allah. Dah hampir 5 tahun aku berkahwin dan menjadi surirumah, dikurniakan sepasang anak yang comel.....aku tak pernah merasa menyesal dengan keputusan yang aku buat hampir 5 tahun lepas. Rezeki yang datang.....walaupun tak sebanyak mana......Alhamdulillah tak pernah putus.....ada saja....

Petang tadi aku, suami dan anak-anak keluar. Balik sahaja suamiku dari kerja, kami terus menuju ke bandar. Sesekali membeli barang keperluan untuk membuat kuih dan kek.....memakan beratus RM juga. Barang semakin mahal, kadang-kadang tak terasa beratnya barang yang kita beli. Sejurus itu, suamiku pula mengajak makan luar. Sesekali makan kat luar......seronok juga. Dulu jarang sekali kami sekeluarga makan kat luar. Kalau berbudak kecil.....payah juga ya. Sekejap yang ni baling sudu ke lantai....yang sorang lagi berlari kesana sini.....sekejap yang ini tumpahkan air.....rasa macam masukkan makanan ke dalam mulut....terus telan saja.....tak sempat nak kunyah kerana melayan kerenah anak-anak. Jadi,....kalau dulu kami teringin nak makan makanan luar.....beli bungkus bawa balik sahaja. Makan kat rumah....selesa sikit.

Tengah order makanan, aku disapa oleh seorang cikgu yang pernah mengikuti kelas masakkan aku. Dia pun datang dengan family dia juga. Bila dia tanya tentang kelas seterusnya,....aku terus saja mengkhabarkan tentang projek 1 Malaysia pada bulan April....nampaknya dia berminat. Sempat juga dia bertanya prosedur sekiranya dia ingin menjemput aku mengendalikan kelas masakkan untuk satu persatuan wanita. Rezeki lagi ya....syukur Alhamdulillah. Apa-apa hal dia akan contact aku balik.

KIranya aku buat comeback lah ya.....mula menyibukkan diri. Sebab dulu aku dah beri masa pada aku sendiri untuk menumpukan perhatian pada keluarga aku sendiri, sekurang-kurangnya 4 tahun. Nak merasa mengasuh anak sendiri, menyediakan keperluan rumah tangga...menjadi surirumah. Cukuplah 4 tahun berlalu....dalam pada itu juga aku menyelitkan ruang-ruang dan mengambil peluang untuk tidak terus melupakan minat aku pada bidang masakkan. Ilmu....kalau tak kita tambah....ianya akan berkurang.....kalau tak kita kembangkan, ianya kan hilang. Rugikan...?

Oklah...jumpa lagi.