Friday, March 25, 2011

Mini Cup Cakes

Terima kasihlah kepada Noor Hafizah, Kulai kerana tempahan cup cakes yang pernah ditempah padaku telah mencetuskan idea untuk membuat mini cup cakes. Mulanya dia menempah cup cakes untuk majlis Berbuka Puasa Hari Raya Aidilfitri kira-kira dua tahun lepas. Setelah selesai aku menyiapkan tempahan cup cakes....masih ada sedikit lagi baki adunan. Tup-tup idea datang.....ku ambil acuan dan mangkuk kertas kecil....lalu ku sudukan adunan kedalamnya.


Maka terhasillah....'Mini Cup Cakes'......

Dalam kesibukkan menghantar pesanan kuih raya....kiranya lagi 4, 5 hari nak raya.....aku sempat mem'packing' beberapa biji Mini Cup Cakes....kepada pemborong-pemborongku. Kira nak bagi gift kat diaoranglah sebab menjadi pemborong setia kuih raya ku setiap tahun. Bukannya banyak pun....dalam 10 biji seorang.....packing je dalam plastic bunga-bunga.Itulah....dah rezeki Allah nak beri...pemborong-pemborong kuih menelefon aku semula......bertanyakan harga yang aku letak untuk Mini Cup Cakes........order masuk untuk Mini Cup Cakes sahaja....melebihi 2000 biji....padahal aku belum lagi mengira kos dan berapa aku nak mark-up harga.....Akhirnya aku meletakkan harga RM15.00 untuk 100pcs.Kalau nak order bolehlah contact saya di nombor 013-7847066 atau tinggalkan pesanan di inbox facebook saya  di Puan Ida.


          Ingatkan tempahan kuih raya nak selesai....bolehlah aku berehat setelah hampir sebulan bertungkus lumus bersengkang mata menyiapkan tempahan kuih raya. Tapi rezeki selepuk....setahun sekali.....bila lagi peluang nak datang....mana kita tahu kan?....Maka aku sambung membuat mini cup cakes pula. Lagipun proses membuatnya tak serumit membuat kuih raya. Cuma adun dan tuang dalam acuan aje. Lepas tu packing dalam beg pastik bunga-bunga. Seal sahaja dengan plastik sealer. Dah siap.

Bila tiba raya je...akulah orang yang paling gembira rasanya. Sebab boleh bercuti panjang. Seronoknya.....iyalah....bekerja sendiri.....
Ingatkan dah raya.....maka tak ada lagilah nak buat kuih raya. Subahanallah.... tempahan untuk Mini Cup Cakes masuk lagi lebih kurang 2500 biji pada hari raya ke-5 sebab orang dah start buat majlis rumah terbuka pula. Aku tak lupa juga memberi sebekas Mini Cup Cakes pada Noor, anak sedara dia suka sangat makan mini cup cakes tu. Insya Allah ada kesempatan....nanti auntie buatkan lagi ya.....sebab auntie pun nak datang ke rumah keluarga untieNoor di kampung. Melawat untie Noor dan baby girlnya yang belum pun berusia sebulan.

3 comments:

  1. wah....boleh la saye tempah cupcake nanti kan?...untuk wedding...bulan september ni....rm15 utk 100pc minicupcakes ye?...

    ReplyDelete
  2. lupa nak tanya...u ade buat delivery tak?...

    ReplyDelete
  3. sorry ya lambat reply.....if you still interest.....you still can contact me....!!!

    ReplyDelete