Saturday, September 10, 2011

Kuih Raya!!!

Bulan Ramadhan telah pun berlalu.....dari awal-awal lagi.....kiranya sebelum masuk bulan yang berkat ini....aku telah menyatakan hasratku pada suami tercinta untuk tak membuat kuih raya......maknanya tak bisnes pun kuih raya tahun ini.....memandangkan kesibukkan yang semakin menjadi-jadi.....tak mahu pula kerana tamakkan ini dan itu.....maka kerja yang sedang ku lakukan hasilnya tak memuaskan hati.....buat kerja kalau ala kadar....nanti hasilnya ala kadar juga lah!!!! Biarlah kalau buat kerja beria....maka hasilnya baru kita puas hati!!!!
Ain dan Fazidah.
Nasib kita juga kadang kala tak dapat dijangka....aku juga tak menjangkakan akan sesibuk sekarang....kalau diingatkan semula......5, 6 bulan lepas....aku masih ada masa untuk memeriksa e-mail dan facebook 3 kali sehari.... almaklumlah....order kuih juga masuk dari sana....masuk sahaja bulan Jun 2011......aku mula sibuk......bukannya buat-buat sibuk.....memang sibuk.....ada sampai sebulan facebook dan e-mail ku tak buka.....sedangkan hanya cuma 'KLIK' button sahaja....itu pun tak sempat......

Ni nak cerita pasal projek kuih raya la pula!!!!

Sudah 5 kali raya Aidilfitri  aku berbisnes kuih raya.....rasa janggal  juga tahun ni.....kalau tak biasanya aku dah beli stok bahan-bahan nak buat kuih raya.....jadi rak-rak untuk stok bahan kat rumah aku selalunya tersusun dengan pelbagai jenis tepung,....(ada tepung gandum, tepung kastart, tepung jagung, tepung kentang...dll)...biji-bijian (kacang badam, kacang hazel, kacang pistachio, kismis,....dll)....macam-macam lagilah.....kalau nak disenaraikan.....tak habis nak cerita pasal projek kuih raya pula....
Almond London!!!
Biasanya....ku beli dalam kuantiti yang banyak.....itu pun setelah membuat perkiraan dan menerima tempahan awal dari pemborong kuihku .....kiranya dah ada regular customerlah....jadi sebelum puasa...aku dah buat sample tester.....dan berikan kepada mereka.....lepas tu...kalau berkenan.....order pun masuk......bila order masuk....barulah aku membuat perkiraan.....modal yang nak digunakan....peralatan nak guna......berapa orang part-time nak panggil.....berapa hari nak buat......macam-macamlah.....buat jugalah paper work....cuma tak hantar dan present pada siapa-siapa je.....

Sibuk dengan kelas masakkan .....alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan......tambahan lagi beberapa faktor seperti tak sempat nak cari  part-time untuk buat kuih .....aku membuat keputusan untuk membatalkan hasratku itu.....tapi benarlah kata orang....kalau dah rezeki kita.....
Ain dan Fazidah.
Permintaan kuih dari regular customer masuk.....walaupun tak ada sample tester yg ku buat,....katalog kuih pun tak ada tahun ni.....pertanyaan "tahun ni tak bisness kuih ke?"dah ku dengar berulang-ulang kali.....rasa ralat pula kalau tak bisness kuih tahun ni.....teringat pula pada Fazidah sekampung ku.....kagum betul aku pada tindakkannya yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit dan berulang ke hospital menemani ibunya......
 
Dipendekkan cerita.....lebih kurang seminggu lebih lah Fazidah dan anak sedaranya Ain datang kerumahku untuk menyiapkan tempahan kuih. Kebanyakkannya dari Yatie, Terenganu. Kalau tak disebabkan projek kuih raya ni....tak adalah dapat aku berbual dengan Fazidah dari pagi ke petang. Macam-macam cerita kami bualkan. Almaklumlah aku tak berjumpa dia semenjak kami habis sekolah. Memanglah sekampung, sama sekolah rendah dan sekolah agama....tapi masuk je sekolah menengah.....aku telah bertukar sekolah di bandar. Habis sekolah pula.....masing-masing bawa haluan masing-masing. Apa-apapun.......terima kasih ya Fazidah dan Ain,....sanggup datang menaiki dua bas setiap pagi ke rumahku. Insya Allah, kalau ada peluang kita boleh bekerjasama lagi!!!!


Hari terakhir......baru teringat nak bergambar kenangan!!!



Wednesday, July 20, 2011

Selamat Pengantin Baru Jue!!!!

Cerita ini bermula bila aku mendapat panggilan telefon dari seorang yang memperkenalkan dirinya Jue....katanya dia mendapat tahu tentang ku dari kakaknya yang pernah mengikuti salah satu kelas masakkanku. Dia berminat untuk menempah kek perkahwinan untuk hari bahagianya dan juga cup cakes untuk hantaran. Kebetulan tarikh yang dia tempah itu masih lagi kosong.....jadi oklah!!!!
'Fondant Cakes' untuk hantaran bagi sebelah pihak lelaki.
Beberapa kali juga kami berbual dan berhubung melalui facebook.....rajin juga dia chatting dengan ku....aku pula setiap hari check e-mail dan akaun facebook....almaklumlah order banyak masuk di sana. Lagipun kalau customer nak tengok katalog....ke gambar kek ke....boleh direct je hantar!!!!
Dalamnya 'Chocolate Cake'.
Bekerja untuk Jue ni senang juga....dia tak cerewet dan fleksibel. Banyak idea kita ketengahkan.....dia kata...."okey kak....Jue tak kisah....terpulanglah pada akak!!!"
Sometimes....simple is better!!!
Bertemu dengan Jue di sebuah restoran makanan segera....untuk membincangkan tema, warna dan lain-lain....dari air muka Jue ni.....lembut orang nya. Ku bawakan juga album produk lain yang ku hasilkan.....macam homemade chocolate....muffin.....!!!


'Fondant cup cakes' untuk hantaran sebelah perempuan.
Jue mahukan kek perkahwinannya bertingkat....mengiku budget yang diberikan....aku mencadangkan agar kek perkahwinannya dibuat satu je.....untuk dipotong.....dan diiringi dengan cup cakes. Jadi masa lepas acara potong kek....cup cakes tu bolehlah diberikan kepada para tetamu. Untuk hantaran pula....Jue mahukan 'fondant cup cakes'. Sebelum beredar Jue memberikan sekeping kad jemputan hari perkahwinannya.....sebagai contoh warna tema kek.

Tema yang dia mahukan....hijau pucuk pisang dan ada warna kuning sikit.......!!! Ada juga tempahan yang kuterima juga mahukan tema yang sama....trend agaknya atau pun secara kebetulan!!!!

Selamat pengantin baru....JUE & AMAR!!!
Beberapa hari selapas tu....Jue menghubungi aku bertanyakan harga 'homemade chocolate'......katanya utuk doorgift para tetamu......entah berapa kali berhubung dan berchatting dengannya......jumlah 'homemade chocolate ' yang di tempah menjadi 665 biji kesemuanya. Pelbagai bentuk dan perisa termasuklah filling.
My Love Chocolate.
Sweetheart Chocholate.
Rose Chocolate.
Rich Chocolate.

 Shell Chocolate.
Beberapa hari kemudian.....Jue menghubungi aku dan meminta aku turut membuatkan 'fondant cake' untuk hantaran bagi pihak lelaki pula. Dia juga menunjukkan gambar contoh kek.......tema warna macam pink...ada campur warna unggu keladi juga......
Untuk kek ini.....ku buatkan kek coklat pula.


Cabaran dan dugaan akan dtang tanpa kita ketahui. Semua proses....berjalan dengan lancar.....TETAPI.....jeng....jeng...jeng.....!!!!!
Sebelum penghantaran dibuat!!!!
Pada hari majlis perkahwinan Jue.....aku datang berdua dengan anakku Rabiatul Adawiyah......manakala suamiku di rumah menjaga Mohd Imran, puteraku yang kebetulan demam..... datang awallah....makan-makan dulu.....jumpa pengantin.....
La....tak sangka pula......ramai orang yang aku kenal.....ada kat kenduri ni....emak sedara, orang kampung, tunang adik aku dan emaknya, peserta yang pernah menghadiri kelas aku.....jadi tak adalah janggal sangat....sementara nak menanti waktu nak susun tingkat kek......
Makan nasi minyak pun sudah.....beralih pula kepada bubur kacang hijau yang dihidangkan sebagai pencuci mulut........bermangkuk-mangkuk bubur kacang hijau ku makan...... ....ni bukan nya nak cuci mulut....ni nak cuci perut agaknya!!!
Meriahnya dengan 'homemade chocolate'.
Maka tibalah kompang berbunyi......pengantin perempuan (Jue) turun berarak bersama pengantin lelaki. Lepas tu nak bersanding pula......barulah nak makan berdamai/makan beradap......seterusnya majlis potong kek. Jadi masa dia berarak dengan iringan kompang nak menuju ke pelamin......aku pun menyusun kek dan kek cawan atas tingkat kek. Kalau pasang awal-awal tadi....takut diusik budak-budak....kata mak-mak sedara Jue. TUP...TUP.......ke mana lah pulak pisau nak potong kek ni?!!!!! Masa nilah nak hilang......degup jantungku masa tu sama kuatnya dengan alunan kompang!!!!! Haaaa...nak buat apa ni?!!! Nak gi beli kat kedai kek.....ambil masa juga dalam 15-20 minit. Pengantin tengah bersnading....ambil-ambil gambar tu......mana sempat?!!!!....Nak pinjam pisau dapur?!!!!....tak kenalah pula!!!!....
Kek yang bakal dipotong.
Cubalah tanya  kat dapur.....dapar pisau okey sikit pun jadilah!!!!
Aku ke dapur....."ni mak sedara Jue ke?"..."ya...."...."pisau nak potong kek hilang la mak cik....ada tak pisau lain?"...."ada....kejap ye!!!"......
FUHHH!!!! Leganya dadaku.....mak cik Jue yang baik hati tu....mencari pisau potong kek....pisau plastik potong kek....yang kedai kek beri kalau kita beli kek.....dan mak cik tu juga turut mencarikan bunga reben untuk dilekatkan pada pisau tu......Alhamdulillah!!!!!

Diiringi 50 kek cawan.
Setelah selesai majlis potong kek.....kek-kek cawan pun dah di agih-agihkan pada para tetamu.....pengantin pun tengah bersalam-salaman dengan tetamu yang nak balik....aku pun mengemaskan peralatan dan tingkat kek.....takut hilang juga!!!!
Kek perkahwinan yang ditempah.
Walaubagaimana pun....terima kasihlah Jue....kerana memberi kepercayaan kepada akak turut terlibat dalam hari yang bermakna buat Jue dan suami. Semoga berbahagia!!!!
Kek perkahwinan mengikut tema....hijau pucuk pisang!!!
" Selamat Pengantin Baru....JUE & AMAR..."

Lama tak update!!!

Lamanya tak update blog ni!!! Terlampau sibuk sangat....mungkin rezekilah katakan!!! Kalau rezeki dah datang....takkanlah nak tolak ....tambahan pula bagi yang bekerja sendiri.....every month bermula dengan RM00.00. Kalau nak lebih....kenaalah usaha lebih....ya tak?!!!!

Yang bestnya bekerja sendiri ni....kitalah bos, kitalah pekerja.....dan tak payah nak dengar arahan...sendiri buat keputusan dan sendirilah yang menanggung risikonya. Masa ada job kita kerja....masa tak ada...kita holiday lah!!! Tekanan datang.....bila nak menyiapkan tempahan.....apalagi kalau ada masaalah yang tak diduga datang....!!!! Masa tu kenalah bersiap sedia untuk menyelesaikan nya. Tapi.....hidup ni tak meriah kalau tak ada cabaran kan?!! Enjoy dengan kerja kita yang kita buat......jadi tak adalah stress memanjang!!!! Ramai yang mengeluh dengan kerja mereka.....sepatutnya kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.....kalau nak dibandingkan dengan mereka yang masih terkial-kial mencari pekerjaan!!!! Kadar sara hidup yang tinggi sekarang ni.....apa nak buat,...semua memerlukan duit!!!! Ini realiti yang semestinya kita terima. Kalau tak kerja....lagilah teruk kan?!!!

Ramai yang mengeluh dengan pekerjaan mereka sekarang......terutama bagi yang bekerja dengan majikan. Berpendapatan tetap setiap bulan. Kerja tak suka.....gaji nak pula??!!!!....Memang kita tak pernah puas dengan apa yg kita ada....tak menghargai dengan apa yang kita dapat.....biasanya kita akan menghargai sesuatu itu....bila kita sudah kehilangannya!!!! Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.....dengan apa yang kita terima....kerana itu lah selayaknya kita terima!!!!!

Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum.....kecuali mereka merubah nasib mereka sendiri......

Jadi kalau nak sesuatu yang lain.....kita kena berubah.....persoalannya....adalah kita mahu dan sanggup untuk membuat perubahan itu?!!! Tanya lah pada diri sendiri.....dan beri jawapannya pada diri kita sendiri.

Tuesday, May 3, 2011

Kelas Masakkan Nuggets Ayam...

Teruja juga nak jumpa group baru kali ini. Kali ni peserta dikalangan surirumah pula. Gamat sungguh group ni....almaklumlah masing-masing dah kenal lama. Bergurau senda dan usik mengusik semasa kelas diadakan memeriahkan suasana. Masing-masing dengan ragamnya. Apa-apapun....memang happening!!!
Lihatlah keceriaan masing2!!! Memang sporting!!!!
Demo tetap demo....possing tetap possing!!!

Tengah demo cara-cara nak buat nugget ayam.
Siap tulis nota lagi!!! Bagus betul kakak ni!!!
Tengah asyik buat nugget!!
Apa yang penting....KERJASAMA!!!
Inilah hasilnya....Ayam Golek Panggang!!!
Inilah pemenang hadiah cabutan bertuah!!!
Senyum masing-masing....balik ni bolehlah praktikkan kat rumah!!!

Dah selesai pun kelas hari ini.....!!! Jumpa lagi!!!

Saturday, April 23, 2011

Kelas Masakkan Chicken Chop....!!!

Pertemuan kali ke-2 buat kumpulan guru kali ini lebih meriah. Ditambah lagi dengan cerita-cerita tentang pengalaman masing-masing yang telah mencuba membuat Swiss Roll setelah mempelajari dari kelas sebelum ini. Ada yang buat sekali terus menjadi....ada yang terpaksa mencuba berkali-kali baru menjadi. Apa pun semangat untuk mencuba dan terus mencuba begitu kuat. Bestlah!!!

Kali ini kelas masakkan dibuat di bilik lain. Atas memenuhi permintaan salah seorang peserta yang minta kelas dibuat di tingkat bawah berbanding di tingkat dua sebelum ini. Kali ini ruang kecil sedikit berbanding sebelum ini. Tapi sedikit pun tak menjejaskan kelancaran kelas hari ini.

Menu hari ini ialah 'Chicken Chop' atau 'Deep Fried Breaded Chicken'. Untuk melengkapkan sepinggan hidangan ini....'side dish' pula adalah 'coleslaw' dan 'mashed potato' beserta 'Chicken Sauce' dan 'Mushroom Sauce'. Bonus resepi pula....'Chicken Nuggets'.
Begitulah kalau tak faham....kita kena bertanya!!! Bagus cikgu ni!!!

Mushroom Sauce




Sempat possing juga!!!

Miss Kat paling lama menggoreng nugget sebelum orang lain ganti!!!

Saya makan dululah ya!!!

Masing-masing sudah kepenatan hari ini!!
Chicken Nugget!!!

Inilah hasilnya.....Chicken Chop, Coleslaw, Mashed Potato!!!

Monday, April 11, 2011

Donat

Hari demi hari, jadual ku semakin padat. Kadang-kadang ada juga terfikir nak ambil pembantu....kalau tempahan banyak, sampai tak menang tangan dibuatnya. Tapi difikirkan balik...kalau dibuatnya tempahan yang akan datang kurang....macam mana pula nak bayar gaji orang. Jadi setakat ni.....ada pembantu part-time pun okey juga. Ada job, panggil....ya lah.....kadang-kadang rezeki yang datang ni bukannya untuk kita sorang je. Jadi kita bahagi-bahagikan kepada yang lain sikit.....berkongsi rezeki. Dia tolong kita....kita tolong dia. Masaalahnya pula bila time kita panggil dia buat kerja....time tu pula dia ada hal lain....ialah....masing-masing ada masaalah sendiri. Kadang-kadang tak dapat nak dielakkan. Jadi apa nak buat.....kena buat sendirilah!!!!

Hari ni buat donat pula..... hai teringat pula la zaman kanak-kanak dulu....tak terfikir pula sampai ada donat yang dicelup coklat, dihiasi taburan pelbagai jenis kekacang dan ada yang siap berinti. Dulu masa aku belajar di Shah Alam.....asal nak balik kampung je....mesti beli donat di Dunkin Doughnut kat stesen Pudu..... bawa buah tangan ke kampung. Adikku Hamimah, memang suka sangat menikmati pelbagi jenis donat yang ku beli. Almaklumlah.....kat kampung tak de jual donat macam tu. Yang ada pun donat biasa....yang disira dengan gula kastor. Sebiji donat cuma 15 sen....dululah....sekarang kat kampung...harga donat masih 20 sen sebiji.

Seronoknya duduk kat kampung....(macamlah jauh sangat...!!!)...semua barang masih murah lagi....
Kalau nak beli sarapan mi goreng kat kedai....20 sen pun masih dapat. Tapi kalau kat rumah kampung....tiap-tiap hari mak sediakan sarapan. Seawal pukul 6.00 pagi, sarapan dah terhidang. Yalah...mak dan ayah menoreh....jadi sarapan pun awal pagi. Dan aku dah terbiasa sarapan berat setiap hari. Macam nasi goreng, mihun goreng, nasi lemak.....kalau semalam mak masak kari ke kuah lemak ke....still ada lagi....esok mesti tak lempeng....jemput-jemput. Makan cicah kuah kari atau kuah lemak. Tak pun sambal sardin.....itu bagiku dah kira setaraf dengan pizza tau. Tu yang lecehnya masa aku keluar dari kampung.....belajar kat luar....duduk berdikari. Pagi-pagi perut dah berbunyi....minta diisi. Well-train le katakan....bertahun-tahun. Bukannya aci nak sarapan biskut-biskut ke kuih-muih. Mesti nak heavy-breakfast. Kalau ada kelas pagi.....sarapan aku biasanya.....secawan kopi, secawan oat, empat keping roti dan sebiji telur separuh masak. Dalam beg mesti ada biskut, roti krim dan sebotol air mineral. Kalau lapar masa kelas boleh alas perut sikit.      Makan tengah hari pun tak pernah skip.....nasi putih, ikan keli masak  sambal, kerabu perut, ulam-ulaman macam pegaga, ulam raja....memang favorite. Tak ada istilah nak diet jaga badan. Lagipun mak dah pesan,...jangan biar perut lapar....nanti datang penyakit lain. Yalah...kalau perut dah lapar....mulalah pening....masuk angin...dah melarat pula. Kalau dah duduk berdikari....kenalah jaga diri sendiri. Kalau sakit....demam ke...pening ke...alahai....mak dah la jauh kat kampung. Kan dah menyusahkan diri sendiri. Jadi nak senang....kalau perut lapar....makanlah. Nasib baiklah kalau time puasa....tak ada pula perut ni meragam. Tak ada pula pening ke masuk angin.....tapi kena sahur nasi la....tahan sikit. Itu belum lagi....tiap-tiap malam makan nasi lemak....memang kenangan betullah. Cuma aku makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi berulang kali. Makan time lapar....berhenti sebelum kenyang...!!!

Donat yang siap untuk dijual.

Friday, April 8, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!!!

Pejam celik....pejam celik....sudah masuk tahun ke-5 usia perkahwinan ku....rasanya macam baru semalam aku diijabkabulkan bersama suami tercinta.....anak pun sudah dua....sepasang....Rabiatul Adawiyah (4 tahun) dan Muhammad Imran (3 tahun)....

Muhammad Imran dan Rabiatul Adawiyah.
Masih terbayang-bayang lagi kemeriahan suasana sambutan hari perkahwinan ku....seluruh kampung meraikannya....begitulah kalau duduk di kampung....kalau ada majlis kenduri kahwin....semua akan ringan tangan menghulurkan bantuan....bergotong royong....tanpa mengirakan upah mahupun ganjaran....semuanya datang memeriahkan majlis.....bermula dari hari rewang....hingga majlis berakhir......

Gambar kenangan sejurus selepas majlis pernikahan.

Hari ini aku buat Strawberry Swiss Roll untuk diberikan kepada dua orang kawan suamiku....banyak juga yang bertanyakan swiss roll kali ini.....ada juga permintaan untuk menyertai kelas swiss roll yang akan datang....nantilah...kalau cukup peserta......kita buat kelas ya....

Strawberry Swiss Roll yang sudah siap di 'pack'.

Strawberry Swiss Roll



Kalau nak order kek Swiss Roll bolehlah menghubungi saya di no 013-7847066.