Friday, April 8, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!!!

Pejam celik....pejam celik....sudah masuk tahun ke-5 usia perkahwinan ku....rasanya macam baru semalam aku diijabkabulkan bersama suami tercinta.....anak pun sudah dua....sepasang....Rabiatul Adawiyah (4 tahun) dan Muhammad Imran (3 tahun)....

Muhammad Imran dan Rabiatul Adawiyah.
Masih terbayang-bayang lagi kemeriahan suasana sambutan hari perkahwinan ku....seluruh kampung meraikannya....begitulah kalau duduk di kampung....kalau ada majlis kenduri kahwin....semua akan ringan tangan menghulurkan bantuan....bergotong royong....tanpa mengirakan upah mahupun ganjaran....semuanya datang memeriahkan majlis.....bermula dari hari rewang....hingga majlis berakhir......

Gambar kenangan sejurus selepas majlis pernikahan.

Hari ini aku buat Strawberry Swiss Roll untuk diberikan kepada dua orang kawan suamiku....banyak juga yang bertanyakan swiss roll kali ini.....ada juga permintaan untuk menyertai kelas swiss roll yang akan datang....nantilah...kalau cukup peserta......kita buat kelas ya....

Strawberry Swiss Roll yang sudah siap di 'pack'.

Strawberry Swiss Roll



Kalau nak order kek Swiss Roll bolehlah menghubungi saya di no 013-7847066.






No comments:

Post a Comment