Wednesday, April 4, 2012

Diam tak diam dah nak masuk 3 bulan Rabiatul dan Imran belajar di Taski. Alhamdulillah banyak perkembangan positif yang dapat dilihat. Mujurlah kedua-duanya seronok dan teruja menjalani sessi persekolahan. Tak menjadi masaalah untuk mengejutkan mereka setiap pagi. Bermula 6.15 pagi, mulalah aku dan suami mengejutkan Rabiatul dan Imran. Bergurau dan mengeletek anak-anak semasa mengejutkan mereka, memeriahkan suasana pagi kami sekeluarga. Walaupun jarak taski dan rumah agak dekat......memakan masa 4 minit kalau menaiki kereta.....kalau berjalan kaki....adalah 8 minit......tapi tujuan aku mengejutkan mereka awal....adalah untuk melatih mereka bangun pagi....bersiap untuk ke sekolah tanpa tergesa-gesa dan mengambil sarapan....walaupun minum susu. Nanti tak adalah perut kosong sambil menanti sessi makan di sekolah dalam pukul 10.00 pagi nanti.

Bila anak-anak semua dah ke sekolah....aku turut menjalani fasa yang baru....nak juga merasai pergi ke pasar....memilih lauk pauk untuk di masak untuk tengahhari nanti. Sebelum ni beli lauk, tak adalah pagi-pagi....selalunya beli untuk stok 3,4 hari....di pasaraya. Tak pun pesan kat suami, beri senarai barang-barang untuk dibeli. Kalau nak beli barang utuk buat kek ke kuih pun tunggu suami balik kerja, pergi sama-sama. Bukan tak boleh pergi dengan anak-anak.....cuma leceh sedikit.....kalau aku sibuk memilih barang di kedai peralatan membuat kek......anak-anakku pula sibuk menurunkan barang-barang dari rak.....dah menjadi satu kerja pula  aku nak menyusun semula barang-barang tu. Kalau aku shopping kat pasaraya dengan anak-anak....masa menbayar tu kena pula aku berhati-hati.....sebab entah bila masanya ada barang-barang lain yang anak-anakku masukkan tanpa aku sedari. Pergi kedai runcit pula.....alih-alih ada satu plastik pelbagai aiskrim dan di kira sekali masa aku membayar.....rupa-rupanya masa aku memilih barang...anak-anakku itu dah meletakkkan aiskrim di kaunter pembayaran.....jadi orang kedai tu kira sekali la.....senyum je lah.....

Rabiatul dan Imran dah pandai mengenal huruf ABC, huruf jawi dan mengira sampai seratus. Bukan itu sahaja...mereka dah mula mengeja Qiraati dan menghafal surah-surah pendek, doa harian serta amali solat. Sangat menyenangkan hatiku bila kedua-duanya tak perlu di kerah untuk belajar....selepas solat Maghrib, aku kata...."masa belajar".....masing-masing bergegas mengambil beg sekolah masing-masing....aku dan suami cuma menyemak dan memperbetulkan sahaja mana yang silap. Adakalanya Imran pula susah nak suruh tidur...."nak baca buku" katanya. Iyalah sayang.....mama cuma tak mahu Imran tak cukup tidur....esok nak sekolah.....

Yang bestnya ....dia nak kita sama-sama teman dia baca buku. Menyemak bacaan dia. Kalau kita pejam mata ke pandang tempat lain.....dia tegur balik....."mama, buka mata ma...."...."mama, pandang sini ma..."
Alahai anak mama!!!!

No comments:

Post a Comment