Saturday, January 14, 2012

Anak-anak dan alam persekolahan!!

Besar hatiku apabila aku mula mendaftarkan anak-anakku ke alam persekolahan, walaupun baru masuk Taski. Tapi pengalaman ini adalah sangat berharga bagiku. Rasanya, macam aku yang terlebih 'excited' pula dalam menyediakan kelengkapan persekolahan mereka. Menghitung hari untuk hari pendaftran dan bangun awal untuk hari pertama persekolahan mereka. Aku rasa bukan aku sahaja ibu yang berperasaan begitu. Ianya satu pengalaman yang indah dan bermakna bagiku.

Begitu juga emak dan ayahku dikampung yang terlebih dahulu telah membelikan beg sekolah untuk anak-anakku. Awalnya aku sengaja melambatkan pembelian beg sekolah mereka sebab nak tengok berapa banyak buku dan muatan yang perlu mereka bawa. Kalau beli kecil sangat,...takuat tak muat pula. Kalau beli besar sangat, nanti bukunya sikit pula. Beg Imran warna hitam 'Angry Bird' dan Rabiatul warna pink 'Princess'.

Aku, suamiku dan anak-anak juga bersama-sama pergi ke kedai kasut membeli kasut sekolah mereka. Tak sangka ada juga saiz muat untuk anak-anakku. Yang bestnya...Imran dan Rabiatul memakai saiz yang sama. Ala comelnya anak-anak mama!!!!

Setelah itu, setiap hari Imran dan Rabiatul ......bangun tidur je....dah menyarung beg dan berkawad dalam rumah memakai setokin dan kasut sekolah. Cuma uniform sekolah je lambat dapat. Kata cikgu dia, dalam pertengahan bulan. Jadi buat permulaan pakai baju biasa sahaja.