Monday, April 4, 2011

Chocolate Chip Muffins.

Sejak akhir-akhir ni.....dalam sehari....entah berapa kali aku check facebook....almaklumlah order banyak yang masuk dari sana. Inbox dan panggilan masuk untuk pertanyaan dan jemputan memasak pula mencurah-curah.....rezeki kan!!!! Rezeki akan datang kita tak tahu......bagiku senang aje....kalau buat kerja....buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh....barulah hasilnya kita puas hati....!!!Kalau buat kerja sambil lewa sahaja....keputusannya pun.....(faham-faham sendirilah ya!!!)
     Aku teringat kata penceramah motivasi Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah,...."kalau buat kerja kena bersungguh-sungguh....kalau menyapu sampah....sapu sampah bersungguh-sungguh....kalau basuh pinggan pun....basuh pinggan bersungguh-sungguh....". Yalah....kalau ala kadar.....padaku lebih baik tak payah buat. Macam kerja tak sudah sahaja kan?!!!

'Chocolate Chip Muffins' yang baru keluar dari oven....!!!

     Pagi ni....aku membuat  'Chocolate Chip Muffin' atau Muffin Cip Coklat..... sambil-sambil menyediakan sarapan untuk pagi ni. Aku berbincang dengan suami ku mengenai tawaran yang agak baik yang tiba semalam. Kalau ada rezeki dan tak mengganggu jadual aku....Insya Allah akan aku pertimbangkan. Mengikut jadual ku yang semakin padat.....sehingga pertengahan bulan Jun....jadual ku agak sibuk. Mudah-mudahan hari-hari yang mendatang segebu Chocolate Chip Muffin ni...!!! Aku bahagia membuatnya....dan harapanku juga orang yang membeli dan menikmati Chocolate Chip Muffin ini, turut merasai kebahagiaanku juga.

'Chocolate Chip Muffins" yang siap di'pack'....!!!

 Sambil-sambil menikmati Chocolate Chip Muffin dan kopi panas....aku menerima panggilan telefon dari salah seorang peserta yang mengikuti kelas 'Swiss Roll' Sabtu lepas (2hb April 2011). Katanya....percubaan pertamanya membuat kek "swiss roll' berjaya. Alhamdulillah....baguslah....kalau ilmu tu terus je dipraktikkan...kalau tak ianya akan hilang sedikit demi sedikit. Aku sendiri pun masih belajar......banyak yang kita belajar...sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu....!!! Sebab tu...chef-chef yang terkenal dan bertahun-tahun pengalamannya pun....sering ke luar negara untuk mempelajari skill-skill yang baru....ilmu ni....tak habis!!!! Nak tak nak sahaja....peluang boleh di cari.....kalau tak nak...macam-macam alasan dibuat.....anak kecillah.....
        Kelas baru ni.....ada cikgu bawa baby dalam kereta sorong bayi. Baiknya baby tu....tak meragam pu....agaknya dia faham....ibunya nak menimba ilmu. Pernah sekali.....ada yang masih dalam pantang datang dengan babynya untuk belajar buat cup cakes. Aku tak ada nak melarang.....cuma pandai-pandailah nak jaga anak masing-masing. Takut mengganggu peserta yang lain. Tapi setakat ni....alhamdulillah.....tak ada masaalah. Semua kelas masakkan yang aku handle....berjalan dengan baik.
Jom kita sama-sama nikmati.....Chocolate Chip Muffin....sambil menikmati kopi panassss!!!





Kalau nak order 'Chocolate Chip Muffin' bolehlah contact saya.....Puan Ida.

No comments:

Post a Comment