Thursday, March 24, 2011

Syukur Alhamdulillah...rezeki semakin murah....kata emak....rezeki kenalah digerakkan.....
Rezeki itu datangnya dari Allah.....jadi kita kenalah berusaha untuk mencari rezeki mengikut jalan yang diredhai Allah. Biar berkat rezeki yang kita dapat itu. Emak berpesan lagi....katanya kalau duit itu berkat....ianya akan lama melekat pada kita....kalau cari duit dgn cara salah.....duit itu semacam panas....macam ada orang kata....tak nampak apa yg digunakan ......alih-alih duit dah habis.....gaji sebanyak mana pun....tak cukup-cukup.....

Projek besar dan undangan memasak dah datang. Kata suamiku, "nampaknya awak semakin sibuklah berbanding saya". Senyum sajalah aku sambil menyusun aktiviti dan meneliti perancangan dalam buku organizerku. Yalah.....nampaknya sepanjang bulan 4, 5 dan 6 aku sibuk. Ada tempahan kek perkahwinan, coklat, kek cawan, undangan memasak.... Rezeki dah datang.....almaklumlah surirumah macam aku ni.....mana ada pendapatan tetap....mujurlah suamiku mengizinkan aku bekerja dari rumah. Terima kasih tak terhingga kerana memahami dan menyokong selama ini. Semenjak aku berkahwin, aku telah berhenti dari kerja.....walaupun pada masa itu...gajiku agak lumayan dan peluang ku agak cerah untuk kenaikkan pangkat seterusnya.....

Ramai juga yang marah dengan keputusan aku meletakkan jawatan dan memilih untuk menjadi surirumah. Sayang kata mereka.....belajar tinggi-tinggi, tapi tak kerja. Gaji dah tinggi, tapi berhenti. Itulah....kadang-kadang ada orang dah terlupa....yang rezeki itu datangnya dari Allah. Dah hampir 5 tahun aku berkahwin dan menjadi surirumah, dikurniakan sepasang anak yang comel.....aku tak pernah merasa menyesal dengan keputusan yang aku buat hampir 5 tahun lepas. Rezeki yang datang.....walaupun tak sebanyak mana......Alhamdulillah tak pernah putus.....ada saja....

Petang tadi aku, suami dan anak-anak keluar. Balik sahaja suamiku dari kerja, kami terus menuju ke bandar. Sesekali membeli barang keperluan untuk membuat kuih dan kek.....memakan beratus RM juga. Barang semakin mahal, kadang-kadang tak terasa beratnya barang yang kita beli. Sejurus itu, suamiku pula mengajak makan luar. Sesekali makan kat luar......seronok juga. Dulu jarang sekali kami sekeluarga makan kat luar. Kalau berbudak kecil.....payah juga ya. Sekejap yang ni baling sudu ke lantai....yang sorang lagi berlari kesana sini.....sekejap yang ini tumpahkan air.....rasa macam masukkan makanan ke dalam mulut....terus telan saja.....tak sempat nak kunyah kerana melayan kerenah anak-anak. Jadi,....kalau dulu kami teringin nak makan makanan luar.....beli bungkus bawa balik sahaja. Makan kat rumah....selesa sikit.

Tengah order makanan, aku disapa oleh seorang cikgu yang pernah mengikuti kelas masakkan aku. Dia pun datang dengan family dia juga. Bila dia tanya tentang kelas seterusnya,....aku terus saja mengkhabarkan tentang projek 1 Malaysia pada bulan April....nampaknya dia berminat. Sempat juga dia bertanya prosedur sekiranya dia ingin menjemput aku mengendalikan kelas masakkan untuk satu persatuan wanita. Rezeki lagi ya....syukur Alhamdulillah. Apa-apa hal dia akan contact aku balik.

KIranya aku buat comeback lah ya.....mula menyibukkan diri. Sebab dulu aku dah beri masa pada aku sendiri untuk menumpukan perhatian pada keluarga aku sendiri, sekurang-kurangnya 4 tahun. Nak merasa mengasuh anak sendiri, menyediakan keperluan rumah tangga...menjadi surirumah. Cukuplah 4 tahun berlalu....dalam pada itu juga aku menyelitkan ruang-ruang dan mengambil peluang untuk tidak terus melupakan minat aku pada bidang masakkan. Ilmu....kalau tak kita tambah....ianya akan berkurang.....kalau tak kita kembangkan, ianya kan hilang. Rugikan...?

Oklah...jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment